Toyota telah mengambil alih unit pemanduan swapandu Lyft hari ini dengan nilai $550 juta (~RM2.25 bilion). Menerusi pengambilalihan ini, unit swapandu Lyft yang diberi nama Level 5 akan diserap masuk ke dalam Woven Planet yang merupakan anak syarikat Toyota.

Pembayaran adalah dalam bentuk tunai $200 juta dengan baki $330 juta dibayar berperingkat dalam masa lima tahun. Toyota juga bersetuju menggunakan perisian pengurusan kenderaan Lyft pada kenderaan-kenderaan komersial yang akan dibangunkan oleh Woven Planet. Kesemua kakitangan Level 5 akan diserap masuk ke Woven Planet dengan pejabat operasi akan dikekalkan di Palo Alto California.
Penjualan unit swapandu ini dilihat sebagai cara Lyft untuk meningkatkan keuntungan syarikat kerana Level 5 memerlukan $100 setahun sejak ditubuhkan empat tahun lalu. Lyft mengambil langkah yang sama dilakukan oleh Uber yang turut menjual unit swapandu mereka kepada Aurora pada penghujung 2020 untuk mengurangkan kos operasi.