Kapasiti Bateri Samsung Galaxy S21 FE Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada Apr 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika Samsung Galaxy S20 FE sebelum ini dibekalkan dengan kapasiti bateri yang sama seperti Samsung Galaxy S20+. Perkara yang sama nampaknya tidak akan berlaku pada Samsung Galaxy S21 FE apabila ia dilaporkan mempunyai kapasiti bateri lebih kecil berbanding Samsung Galaxy S21+. Namun begitu, ianya akan lebih besar berbanding Samsung Galaxy S21.

Memetik laporan Sammobile, sebuah peranti Samsung dengan kod model SM-G990B yang dipercayai merupakan Galaxy S21 FE akan dibekalkan bateri sebesar 4,500mAh. Ia menggunakan bateri dengan nombor model EB-BG990ABY dan kapasiti 4370mAh. Tetapi, sumber menyasarkan Samsung mungkin memasarkannya dengan kapasiti bateri 4,500mAh.

Samsung Galaxy S21 FE juga dipercayai mempunyai beberapa fungsi menarik yang disertakan pada siri Samsung Galaxy S21 sebelum ini. Ini termasuklah – skrin dengan kadar segar semula yang tinggi, sistem tri-kamera utama dan cip pemproses yang berkuasa. Menurut jangkaan awal, Samsung berkemungkinan besar bakal mengumumkan peranti ini sekitar pertengahan Ogos kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami