Senjata Gelombang Mikro Leonidas Boleh Melumpuhkan Sekumpulan Dron Secara Serentak

Senjata Gelombang Mikro Leonidas Boleh Melumpuhkan Sekumpulan Dron Secara Serentak

Diterbitkan pada Apr 27, 2021 oleh .

Apa yang boleh kita lihat sejak kebelakangan ini ialah dron komersial diubah suai untuk digunakan sebagai bom berani mati oleh golongan militan. Dron yang murah dihantar ke sasaran yang tidak menyangka ia sebenarnya dilengkapi bom membunuh. Ini ialah isu keselamatan yang menyebabkan pelbagai sistem anti dron dibangunkan untuk kegunaan anggota keselamatan.

Epirus Leonidas ialah sistem senjata anti dron terkini yang dibangunkan. Ia menggunakan gelombang mikro untuk melumpuhkan dron. Yang menjadikan Leonidas unik ialah ia boleh digunakan untuk menjatuhkan dron secara individu tanpa menjatuhkan dron lain yang mungkin digunakan oleh anggota keselamatan dan mod melumpuhkan sekumpulan dron secara serentak. Sistem yang digunakan adalah kompak dan boleh ditarik menggunakan sebuah lori.

Dalam ujian yang dilakukan untuk Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Leonidas berjaya melumpuhkan kesemua 66 dron yang dihantar. Selain sistem yang diletakkan di atas platform beroda, Leonidas Pod juga turut dibangunkan untuk dibawa terbang oleh dron lain.


Paling Popular