Vivo V21 Dan V21e Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM1299

Diterbitkan pada Apr 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, siri Vivo V21 akhirnya diperkenalkan secara rasmi buat para pengguna. Sebanyak dua buah model yang diperkenalkan iaitu Vivo V21 dan Vivo V21e. Pengenalan kedua-dua peranti ini memeriahkan lagi pasaran peranti kelas pertengahan dengan sejumlah penambahbaikan menarik.

Bagi yang berminat, Vivo V21e dijual pada harga RM1299. Manakala, Vivo V21 pula berharga RM1599 untuk sebuah. Sesi pra-tempahan dibuka bermula hari ini – 4 Mei 2021 dan setiap pembelian didatangkan dengan hadiah eksklusif percuma menarik.

Vivo V21 dilengkapi paparan berukuran 6.44-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 800U, memori memori 8GB RAM + 3GB RAM tambahan, storan dalaman 128GB (UFS 2.2) dan bateri 4000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Melengkapinya, sistem tri-kamera utama dengan sensor 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel. Selain, kamera swafoto 44-megapixel dengan OIS.

Vivo V21e pula dilengkapi skrin 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Cip yang digunakan adalah Snapdragon 720G yang dipadankan dengan memori 8GB RAM + 3GB RAM tambahan, storan dalaman 128GB dan bateri 4000mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Tetapan kamera utama terdiri dengan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan 44-Megapixel dengan sokongan OIS.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami