Pelanggan Astro NJOI Kini Boleh Dapatkan 10 Saluran Dalam Format HD Melalui Pek HD NJOI Bermula 28 April – RM15 Untuk 30 Hari

Diterbitkan pada Apr 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun 2021 yang akan tiba pada 13 Mei/1 Syawal 1442H, Astro mula menawarkan pelbagai perkara menarik untuk para pelanggan mereka. Menjadi satu tradisi untuk tonton filem pada malam Raya dan juga Hari Raya bersama seisi keluarga. Tidak kiralah filem tamil ke Bollywood ke atau untuk zaman moden – strim Netflix.

Kalau Netflix boleh tawar pelbagai kandungan menarik, Astro juga boleh. Astro kini menawarkan pelanggan NJOI mereka akses kepada saluran dalam format High Definition atau HD. Dengan harga hanya RM15 untuk akses selama 30 hari, pelanggan boleh dapatkan 10 saluran dalam format ini menerusi Pek HD NJOI. Tawaran ini akan bermula pada 28 April dan pelanggan boleh dapatkan melalui aplikasi My NJOI.

Antara kandungan dan rancangan yang akan ditawarkan termasuklah saluran Astro Citra, Astro Warna, Astro Ria dan Astro Prima. Daripada kandungan rancangan realiti komedi tema raya, muzikal, pelbagai filem dan siri TV daripada yang baru atau ulang tayang yang klasik turut akan ditawarkan. Perlu diingatkan yang saluran Citra, Warna dan Ria adalah saluran prabayar dan tidak termasuk dalam pek HD.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami