Pada hari ini, salah satu perkara yang tidak digemari ramai ketika melayari web adalah dimana sesetengah web yang mempunyai popup untuk menghantar notifikasi kepada pengguna.
Pada pelayar web Chrome, anda boleh menghalang paparan berkenaan dengan mudah melalui halaman tetapan Chrome.

Untuk menghalangnya, anda hanya perlu ke halaman tetapan “Pemberitahuan” pada Chrome di chrome://settings/content/notifications
Seterusnya, nyah-tanda pada tetapan yang disediakan, dan Chrome secara automatik akan menghalang permintaan untuk menghantar notifikasi oleh sejumlah laman web kepada anda.

Selepas membuatnya, anda tidak lagi akan melihat sebarang laman web ingin menghantar pop-up notifikasi kepada anda.