Kerajaan sedia mengumumkan perancangan memperkenalkan identiti digital atau dinamakan MyDigital ID tidak lama lagi – sekaligus memudahkan lagi transaksi dan pengesahan secara atas-talian untuk pelbagai tujuan.
Pada hari ini, proses pengesahan identiti secara atas-talian adalah agak sukar – termasuk kadang-kala perlukan pengguna ke sesuatu lokasi untuk pengesahan, atau perlu memuat-naik gambar MyKad yang mungkin tidak selesa untuk ramai pengguna.
Perkara ini dijangka akan diatasi melalui penggunaan MyDigital ID.
Bercakap lanjut mengenainya juga, kerajaan sekali lagi menekankan yang mana Digital ID bukan pengganti kepada MyKad yang digunakan seluruh rakyat Malaysiia pada hari ini.
Sebaliknya, Digital ID dijangka akan memudahkan sejumlah transaksi atas-talian, disamping pada masa yang sama juga mengekang pengeluaran dan sindiket MyKad palsu.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah MyKad akan diimplementasi secara rasminya. Kita mungkin mendengar lanjut berkenaan dengannya dalam masa terdekat ini.