Oppo A74 5G Dengan Skrin 90Hz Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo A74 5G Dengan Skrin 90Hz Bakal Tiba Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 27, 2021 oleh .

Oppo nampaknya dalam perancangan untuk penawaran sebuah lagi peranti baharu di bawah siri A mereka. Dikenali sebagai Oppo A74, ia akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada minggu ini – iaitu 28 April 2021.

Untuk spesifikasi, Oppo A74 5G dilengkapi paparan bersaiz 6.5-inci TFT LCD FHD+ (2400 X 1080 piksel) dengan kadar segar semula 90Hz. Seterusnya, ia juga akan dipadankan dengan memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh.

Tetapan kamera terdiri dengan 48-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada paparan, Bluetooth 5.0, rangkaian 5G terbina, antaramuka ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dan banyak lagi.

Buat masa ini, Oppo masih berteka-teki mengenai cip pemprosesnya. Tetapi, ia berkemungkinan hadir dengan cip Snapdragon 480 seperti mana yang dilancarkan di Thailand sebelum ini. Penawaran harga juga masih menjadi tanda tanya. Jadi kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini lebih lanjut.


Paling Popular