UTM Menghasilkan JagaDrone Yang Memantau Keselamatan Kawasan Kampus

UTM Menghasilkan JagaDrone Yang Memantau Keselamatan Kawasan Kampus

Diterbitkan pada Apr 27, 2021 oleh .

Semasa di kolej, insan yang ditakuti ialah pak guard yang sering melakukan rondaan pada waktu malam. Merekalah yang menghalang pelajar keluar pada waktu malam atau sebarang percubaan untuk mandi kolam renang yang telah ditutup. Dengan kemajuan teknologi, tugas penjaga keselamatan juga tidak terlepas dari sentuhan automasi.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melancarkan JagaDrone – sebuah dron yang direka khusus untuk keperluan memantau keselamatan kawasan kampus mereka. Dron dengan rekaan enam kipas ini mempunyai dilengkapi sebuah kamera 4MP yang dengan kemampuan zum optikal sehingga 10X. Ia boleh diprogramkan untuk melakukan rondaan perimeter universiti secara automatik.

Dengan bateri sebesar 12,000 mAh ia mampu terbang sehingga 30 minit dengan kelajuan maksimum 15 m/s dan mencapai ketinggian sehingga 100 meter. Sistem komunikasi 4G digunakan untuk menghantar maklumat telemetri dan memberi arahan kawalan. Ia mampu mengelak sebarang halangan ketika melakukan pemantauan serta menyokong sistem GPS/GLONASS.

JagaDrone dibangunkan oleh UTM selepas mendapati sistem dron komersial yang ditawarkan tidak dilengkapi pakej lengkap untuk digunakan untuk melakukan pemantauan kawasan kampus.


Paling Popular