Apple Dilaporkan Telah Memulakan Pengeluaran Untuk Cip Apple M2

Diterbitkan pada Apr 27, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah memperkenalkan cip pemprosesan pertama untuk komputer pada tahun lepas, iaitu Apple M1. Sejak diperkenalkan, ia telah hadir menjana komputer MacBook, iMac, malah paling terbaru, iPad Pro.

Terbaru, menurut laporan Nikkei, Apple dilaporkan telah memulakan pengeluaran untuk cip pemprosesan generasi seterusnya, iaitu Apple M2.

Apple M2 dijangka akan menjana komputer bermula pertengahan kedua 2021 ini.

Ia diperkatakan cip ini dikeluarkan oleh TSMC, dan menggunakan teknologi 5nm. Cip pemprosesan ini dijangka berkuasa lebih tinggi, dan akan menawarkan prestasi lebih tinggi berbanding M1 sebelum ini.

Apple sebelum ini telah mengumumkan akan membuat peralihan sepenuhnya daripada menggunakan cip Intel, dan menggantikan sepenuhnya semua komputer mereka dengan cip tersendiri menjelang penghujung 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami