Carian
Xiaomi Mi 11 Lite – Lebih Hebat Daripada Yang Anda Sangkakan
May 6, 2021 Syafia Hani

Pada Februari yang lalu, Xiaomi telah membawa masuk siri Mi 11 mereka untuk pasaran Malaysia. Siri ini pada asalnya membawakan spesifikasi peranti mercu. Namun tidak lama selepas itu, Xiaomi telah membawa masuk pula model untuk peranti kelas pertengahan yang lebih mampu milik dibawah siri Mi 11 ini sebagai alternatif kepada penggemar peranti Xiaomi. Tetapi, kita seringkali dimomokkan dengan persepsi bahawa spesifikasi telefon pintar akan dikompromikan apabila harga jualannya adalah mampu milik. Jadi bagi Xiaomi Mi 11 Lite ini, adakah anda rasakan keupayaan spesifikasinya berbaloi dengan harga ditawarkan? Jawapannya adalah ya. Spesifikasi dan harga yang ditawarkan menjadikan telefon pintar ini lebih berbaloi untuk dibeli, dan ini adalah antara sebabnya.

Paparan TrueColor AMOLED Yang Mampu Memberikan Tontonan Yang Lebih Mengasyikkan

Xiaomi Mi 11 Lite ini dibina dengan skrin seluas 6.55 inci AMOLED DotDisplay dengan sokongan 10-bit TrueColor. Melaluinya, telefon pintar ini dikatakan mampu untuk menghasilkan pewarnaan yang lebih tepat kerana sokongan ini boleh memaparkan sehingga 1.07 bilion warna berbeza. Dibantu pula oleh warna gamut DCI-P3, ia menjadikan paparannya mampu untuk menghasilkan paparan dengan pewarnaan yang lebih tepat, jitu dan semula jadi. Malah sokongan kadar segar semula 90 Hz bersama kadar sentuhan 240Hz pada telefon pintar ini juga menjadikannya lebih lancar dan selesa untuk membuat tatalan yang berulang kali tanpa sebarang masalah lengah masa.

Spesifikasi Kelas Pertengahan Tetapi Mempunyai Prestasi Seumpama Peranti Mercu

Xiaomi Mi 11 Lite ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 732G 8nm yang boleh dikatakan agak baru kerana ia dilancarkan tidak kurang daripada setahun yang lalu. Prestasinya adalah di antara Snapdragon 765G dan Snapdragon 710 dimana ia boleh dikatakan agak baik untuk sebuah cip pemprosesan kelas pertengahan. Mi 11 Lite ini juga dilengkapi dengan 8GB RAM bersama 128GB storan dan ia boleh diperluaskan lagi sehingga 512GB dengan menggunakan kad mikro. Manakala dari segi ketahanan baterinya pula, telefon pintar ini dibina dengan bateri berkapasiti 4,250mAh dengan pengecasan pantas 33W yang mana menurut Xiaomi, ia mampu bertahan untuk penggunaan sepanjang hari.

Hasil Penggambarannya Yang Berkualiti Tinggi

Xiaomi Mi 11 ini dilengkapi dengan kamera yang menggabungkan sensor 64MP untuk rakaman sudut lebar, 8MP untuk sudut ultra lebar dan 5MP untuk rakaman makro. Manakala kamera hadapannya pula menyertakan sensor sebesar 16MP yang telah diletakkan di lubang skrin hadapan Xiaomi Mi 11 Lite ini. Sekiranya anda ingin menghasilkan rakaman video, anda boleh memilih rakaman beresolusi 4K 30FPS atau 1080P 120FPS. Rakaman malam juga cantik kerana ia dibantu oleh mod malam yang membolehkan anda merakamkan gambar di persekitaran yang gelap tanpa sebarang masalah pencahayaan, sekaligus menghasilkan gambar yang cerah, jelas dengan pewarnaan yang jitu. Telefon pintar ini turut mempunyai fungsi penuras yang membolehkan anda untuk mendapatkan rakaman yang lebih menarik, kreatif dan nampak seperti diambil menggunakan kamera profesional.

Rekaan Yang Sedap Di Tangan, Selesa Di Poket Dan Mampu Milik

Xiaomi Mi 11 Lite ini dilengkapi dengan rekaan yang nipis dengan ketebalan hanya 1.88mm sahaja. Jika dimasukkan ke dalam poket, ia terasa selesa dan tidak berat. Malah paparannya juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass 5 yang dikatakan hadir dengan kemampuan untuk tahan calar yang tinggi. Prestasinya juga memuaskan dengan kombinasi cip pemprosesan bersama bantuan RAM dan storan yang baik. Model Mi 11 Lite ini ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Boba Black, Bubblegum Blue dan juga Peach Pink. Dengan penawaran warna ini, anda boleh memilih warna telefon pintar mengikut kesesuaian peribadi dan kehendak anda. Di Malaysia, telefon pintar ini dipasarkan pada harga RM1,199 yang membawakan kapasiti memori dan storan 8GB bersama 128GB. Jadi bagi anda yang sedang mencari telefon pintar pada harga mampu milik dan mempunyai spesifikasi yang menjadikannya berbaloi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, Xiaomi Mi 11 Lite ini boleh didapatkan melalui kedai rasmi atas talian Xiaomi di Lazada dan Shopee, atau pengedar-pengedar rasmi Mi di seluruh Malaysia.

Penafian: Advertorial daripada Xiaomi Malaysia

Komen