Cari @ Amanz

Redmi K40 Game Enhanced Edition yang dilancarkan semalam hadir dengan pelbagai ciri menarik untuk permua seperti butang bahu fizikal, sistem penyejukan cecair yang besar dan sistem audio JBL yang mantap. Tetapi satu ciri yang tidak disentuh ketika pelancaran ialah kolaborasi di antara Redmi dan Razer.

Menerusi kerjasama ini, K40 Game Enhanced Edition turut hadir dengan papan kekunci maya Razer. Keseluruhan papan kekunci ini mempunyai rekaan yang sama seperti papan kekunci mekanikal yang dijual oleh Razer. Dua tema ditawarkan iaitu putih dan hitam.

Seperti papan kekunci sebenar, lampu pada papan kekunci turut menyokong sistem Razer Chroma dengan warna-warna berbeza. Razer sudah tidak lagi mengeluarkan telefon pintar dan ini ialah sehampir mungkin kepada Razer Phone 3 yang tidak akan dihasilkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd