Carian
Oppo A74 5G Berharga RM1099 Di Malaysia
April 28, 2021 Aman

Oppo Malaysia hari ini telah mengumumkan secara rasminya penawaran telefon pintar dibawah siri-A mereka yang hadir dengan sokongan rangkaian 5G, dan ditawarkan pad harga kompetitif.

Oppo A74 5G hadir dengan skrin 6.5-inci yang menawarkan kadar segar semula 90Hz, cip Snapdragon 480 5G, memori 6GB RAM, dan storan 128GB.

Melengkapkan telefon pintar ini  juga adalah empat kamera belakang gabungan 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, selain kamera swafoto 16-megapixel. Oppo melengkapkan telefon pintar ini dengan bateri berkapasiti 5000mAh.

Oppo A74 5G bakal ditawarkan di Malaysia pada harga RM1099, dan boleh didapati pada harga diskaun RM999 di Shopee antara 5 Mei sehingga 7 Mei kelak.

Komen