Razer Orochi V2 Dengan Bateri 900 Jam Dilancarkan Pada Harga RM289

Diterbitkan pada Apr 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tetikus Razer Orochi V2 telah dilancarkan hari ini. Ia adalah sebuah tetikus bluetooth nirwayar kompak yang menyasarkan pengguna komputer riba yang memerlukan peranti input mudah alih. Tetikus dilengkapi teknologi Razer HyperSPeed Wireless bagi memberikan prestasi tinggi walaupun secara sambungan nirwayar.

Ia turut hadir dengan suis mekanikal generasi kedua yang menjanjikan hayat penggunaan sehingga 60 juta klik kepada pengguna. Menarik sekali ia menyokong bateri sel kering bersaiz AA dan AAA. Hanya satu bateri diperlukan untuk tempoh penggunaan sehingga 900 jam atau 425 jam dalam mod HyperSpeed Wireless.

Sensor optikal yang digunakan menyokong sehingga 18,000 DPI dan pecutan pergerakan sehingga 450 inci sesaat. Terdapat enam butang fizikal yang boleh diprogramkan yang datanya disimpan di dalam memori dalaman tetikus. Saiz tetikus pula ialah 8 x 60 x 38 mm dan hanya sebesar 60 gram tanpa bateri. Di Malaysia Razer Orochi V2 ditawarkan pada harga RM289 sebuah dalam warna hitam atau putih.`

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami