Instagram Bakal Hadir Dengan Sejumlah Ciri Memudahkan Penerbit Kandungan Menjana Wang

Diterbitkan pada Apr 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mark Zuckerberg kini telah mengumumkan yang mana Instagram sedang membangunnkan sejumlah ciri baharu dalam membantu para penerbit kandungan untuk menjana wang dengan lebih mudah pada platform sosial berkenaan.

Antaranya adalah termasuk sebuah halaman khusus yang akan menghubungkan penerbit kandungan dengan jenama – dan menjana wang melalui penerbitan berdasarkan kepada pengikut sesuatu pengguna Instagram.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pelbagai jenama untuk menemui penerbit kandungan yang sesuai dengan mudah.

Disamping itu, Instagram juga kelak akan memperkenalkan kemudahan untuk penerbit kandungan menjual barangan mereka dengan mudah di Instagram. Mark Zuckerberg juga sedang melihat kepada pengenalan laman berbentuk agen yang membolehkan penerbit kandungan menjana pendapatan dengan mempromosikan barangan melalui kandungan mereka.

Buat masa ini, ia diumumkan yang mana ciri-ciri ini telah mula dibangunkan. Namun, tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan diperkenalkan secara rasminya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami