Cari @ Amanz

Ada kalanya anda akan memerlukan kembali sijil SPM, PMR dan sebagainya untuk permohonan sesuatu perkara – seperti sambung belajar, permohonan bekerja dan sebagainya.

Permohonan untuk mencetak kembali boleh dilakukan di Lembaga Peperiksaan Malaysia, dan kini sebagai alternatif, anda juga boleh melakukannya secara atas-talian di web atau menggunakan aplikasi Android khusus.

Untuk melakukannya, anda hanya perlu ke laman khusus yang disediakan, atau memuat-turun aplikasi e-Lembaga Peperiksaan untuk Android.

Sebaik sahaja selepas memuat-turun atau ke web berkenaan, pilih Salinan Keputusan.

Seterusnya, pilih sijil peperiksaan yang anda ingin dapatkan, dan isi maklumat anda. Terdapat untuk beberapa pilihan sijil peperiksaan yang mana info akan diisi secara automatik oleh sistem.

Seterusnya, isi alamat untuk menerima salinan cetakkan semula sijil anda.

Anda akan perlu membayar sekitar RM40 untuk tujuan pengeposan, atau RM30 sekiranya ingin mengambil sijil anda sendiri di pejabat Lembaga Peperiksaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd