Apple Didenda RM50 juta Di Rusia Kerana Amalan Antipakat

Diterbitkan pada Apr 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat teknologi di Amerika Syarikat dan China kini berhadapan pelbagai pertuduhan mengamalkan perniagaan yang antipakat (antitrust) sehingga dihadapkan ke kongres dan didenda. Kuasa yang terlalu besar dipegang syarikat teknologi sehingga mereka kini dilihat menyalahgunakan posisi untuk memberikan kelebihan ke atas pesaing.

Di Rusia, Apple telah dikenakan denda RUB 906,299,392.16 (~RM50 juta)selepas Penguasa Antipakat Rusia (FAS) mendapati mereka bersalah menghalang produk keluaran pesaing dari App Stor. Tindakan diambil selepas Kaspersky Lab memfailkan aduan kepada FAS pada tahun 2018 selepas aplikasi Safe Kids mereka dihalang dari App Store. Aplikasi yang membenarkan ibu bapa mengawal penggunaan peranti anak-anak mempunyai ciri serupa dengan Screen Time.

Apple Privacy

Oleh itu itu Kaspersky Lab berkata Safe Kids dihalang secara tidak adil bagi mengelakkan persaingan. Selain didenda, Apple diarahkan supaya membuang terma yang membenarkan App Store menolak aplikasi pihak ketiga walaupun ia memenuhi semua keperluan mereka. Disamping itu Apple harus memastikan aplikasi keluaran mereka tidak diberikan kelebihan berbanding aplikasi pihak ketiga.

Apple akan melakukan rayuan ke atas hukuman yang diberikan. Menurut mereka aplikasi Kaspersky dihalang bukan kerana ia dilihat sebagai pesaing tetapi kerana ia mendatangkan risiko kepada privasi dan keselamatan pengguna.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami