Cari @ Amanz

Oppo kini hadir dengan sebuah lagi peranti pintar terkini untuk pengguna di China. Dikenali sebagai Oppo A95, ia merupakan sebuah lagi peranti pintar dengan janaan cip MediaTek Dimensity 800U.

Untuk spesifikasi khusus, ia membawakan skrin berukuran 6.43-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula standard. Selain cip MediaTek Dimensity 800U, ia juga dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan dalaman sehingga 256GB dan bateri sebesar 4310mAh yang menyokong pengecasan pantas 30W.

Tetapan kamera terdiri dengan 48-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Uktra-lebar) + 2-Megapixel (makro) dan kamera hadapan pula sebesar 16-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah – pengimbas cap jari pada skrin, bicu audio 3.5mm, antaramuka ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dan sebagainya. Di China, Oppo A95 dijual pada harga bermula RMB1999 (~RM1264) dengan empat pilihan warna menarik iaitu Dazzling Black, Yayin atau Dawn.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd