Vaksin Oxford-AstraZeneca Tidak Akan Digunakan Dalam Proses Imunisasi Arus Perdana Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Diterbitkan pada Apr 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dalam masalah jumlah jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat saban hari, rakyat Malaysia nampaknya termakan dengan fitnah dan berita palsu yang mengatakan bahawa vaksin Oxford-AstraZeneca akan menyebabkan kesan sampingan teruk seperti pembekuan darah dalam saluran badan.

Terkini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin membuat pengumuman besar dimana pihak Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 tidak akan menggunakan vaksin Oxford-AstraZeneca dalam prosedur suntikan imunisasi COVID-19 secara rasmi.

Beliau berkata bahawa walaupun pelbagai laporan daripada pihak saintis mengatakan bahawa risiko kesan sampingan yang dikatakan adalah tersangat rendah, terlalu ramai rakyat Malaysia yang rata-rata tidak mempercayainya. Oleh kerana itu, beliau, bersama-sama dengan badan JKJAV terpaksa membuat keputusan untuk mengeluarkan vaksin tersebut daripada senarai vaksin rasmi.

Walaupun begitu, untuk mengelak kerugian daripada vaksin-vaksin Oxford-AstraZeneca yang tidak digunakan ini, ia akan dihantar ke pusat pemberian vaksin untuk diberikan kepada rakyat yang yakin akan keberkesanannya.

Menurut Khairy, sebuah platform tempahan sesi imunisasi akan dibuka dalam masa terdekat melalui aplikasi MySejahtera, dimana vaksin Oxford-AstraZeneca ini boleh diakses oleh rakyat Selangor dan Kuala Lumpur terlebih dahulu secara siapa cepat, dia dapat sebelum ia diagihkan ke lokasi-lokasi yang lain.

Setakat ini, jumlah vaksin Oxford-AstraZeneca yang ada di Malaysia adalah sekitar 320,000, yang cukup untuk memvaksinasi sekitar 160,000 rakyat.

Beliau turut berkata bahawa vaksin tersebut akan ditawarkan kepada rakyat secara percuma dan tanpa bayaran tambahan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami