Samsung Galaxy F52 5G Mungkin Dilengkapi Cip Snapdragon 750G

Samsung Galaxy F52 5G Mungkin Dilengkapi Cip Snapdragon 750G

Diterbitkan pada Apr 28, 2021 oleh .

Samsung sedia hadir dengan penawaran beberapa peranti di bawah siri Galaxy untuk pasaran India. Ia termasuklah – Samsung Galaxy F12, Galaxy F02s, Galaxy F62 dan Galaxy F41. Masing-masing dilihat hadir dengan fokus yang tersendiri bagi menjadikannya mempunyai nilai menarik di mata para pengguna.

Kini terdapat laporan yang mengatakan peranti seterusnya di bawah siri Galaxy M akan dijanakan dengan cip Snapdragon 750G (kod nombor Qualcoom SM7225). Menurut spekulasi awal, peranti pintar ini akan dikenali sebagai Samsung Galaxy F52 dan ia telah tersenarai di laman Google Play Console.

Pada masa sama, rekaan skrin hadapan peranti turut telah diperlihatkan dengan sokongan paparan berlubang. Paparan ini menyokong lensa swafoto tunggal untuk kegunaan tangkapan gambar swafoto atau membuat panggilan video. Bukan itu sahaja, binaan bezel juga kelihatan masih tebal pada bahagian dagu.

Spesifikasi lain termasuklah – skrin dengan resolusi 1080 X 2009 piksel, sistem operasi Android 11 dan GPU Adreno 619. Buat masa tiada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Samsung mengenai laporan ini. Rasanya, lebih baik sama-sama kita nantikan sahaja lebih lanjut berkaitan perkara ini.


Paling Popular