Cari @ Amanz

Asus Zenfone 8 Mungkin Menggunakan Skrin Hadapan Berlubang

Link Copied!

Asus Zenfone 8 akan diperkenalkan pada 12 Mei hadapan. Menurut maklumat awal, Asus Zenfone 8 akan hadir dengan saiz yang kompak bersama penawaran spesifikasi menarik – berkemungkinan dilengkapi cip Snapdragon 888. Tidak terhad disitu sahaja, Asus juga mungkin turut menawarkan variasi Zenfone 8 yang bersaiz besar bersama-sama dengannya.

Tampil berbeza, Asus Zenfone 8 nampaknya tidak lagi meneruskan rekaan kamera berputar seperti generasi sebelum ini. Sebaliknya, ia mungkin menggunakan sokongan skrin berlubang dengan lensa tunggal pada panel hadapan. Bukan itu sahaja, skrin ini juga mungkin disertakan dengan sokongan kadar segar semula yang tinggi kerana jenama itu menjanjikan pengalaman penggunaan lebih lancar dan pantas. Menurut spekulasi awal, ia mungkin menggunakan skrin AMOLED 120Hz.

Harus ditegaskan maklumat yang dikongsi ini masih lagi diperingkat ura-ura dan belum dapat dipastikan sama ada ia bakal menjadi rekaan rasmi atau sebaliknya. Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Asus sendiri berkaitan perkara ini.


Komen ()