Sebelum ini terdapat beberapa laporan yang mengatakan Oppo bakal hadir dengan penawaran peranti boleh-pakai baharu tidak lama lagi. Ternyata ianya benar dan Oppo kini berkongsi maklumat lanjut mengenainya menerusi perkongsian berbentuk poster acah di laman Weibo.
Peranti berkenaan dikenali sebagai Oppo Band Vitality Edition yang merupakan sebuah gelang tangan pintar yang sesuai digunakan untuk pemantauan kesihatan diri. Oppo Band Vitality Edition turut akan diperkenalkan pada 6 Mei hadapan – seiring dengan Oppo K9 5G, Oppo Smart TV K9 dan Oppo Enco Air True Wireless Earbuds.
Dari segi rekaan, ia sepenuhnya masih mengekalkan reka bentuk yang sama seperti Oppo Band sebelum ini. Cuma, kemasan padanya kelihatan lebih menyerlah dengan pilihan warna yang menonjol – iaitu Orange Heatwave dan Blue Storm. Tiada maklumat berkaitan spesifikasi yang dikongsi. Namun, ia dipercatai menyertakan fungsi dan ciri yang sama seperti Oppo Band. Benar atau tidak, sama-sama kita nantikan.