Microsoft Sedang Mencari Muka Taip Utama Seterusnya Selepas Calibri – Inginkan Pendapat Anda

Diterbitkan pada Apr 28, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada perisian pejabat Microsoft, muka taip utama yang digunakan adalah Calibri. Kini, selepas beberapa tahun menggunakan Calibri sebagai muka taip utama, kini Microsoft sedang melihat untuk menggantikannya dengan muka taip baharu.

Untuknya, kini Microsoft telah hadir dengan lima pilihan akhir untuk muka taip baharu yang bakal menjadi muka taip utama pada perisian pejabat mereka.

Lima muka-taip berkenaan adalah Tenorite, Bierstadt, Skeena, Seaford dan juga Grandview.

Tenorite
Bierstadt

Microsoft kini sedang mengumpulkan pendapat orang ramai, dan anda boleh memberikan maklumbalas anda melalui Twitter ke pihak Microsoft.

Bagi anda, apakah muka taip yang digemari oleh anda?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami