Cari @ Amanz

Empat tahun lalu Samsung memasuki arena komputer riba gaming tinggi dengan penawaran siri Odyssey. Hari ini Samsung Galaxy Book Odssey dikemaskini buat pertama kali sejak 2019. Model kali ini mementingkan rekaan minimalis, lebih ringan dan kelihatan lebih premium tanpa kelihatan seperti komputer gaming biasa.

Samsung Galaxy Book Odssey dilengkapi skrin 15.6″ TFT LCD FHD, dijana cip Intel Core(i7/i5) generasi ke-11​, kad grafik sehingga NVIDIA GeForce RTX 3050 Ti Max-Q, memori sehingga 32GB LPDDR4X RAM, storan sehingga 1 TB NVMe SSD dan bateri 83Wh. Sebuah pengecas 135W disertakan untuk membekalkan kuasa. Storan SSD dan RAM Book Odyssey boleh ditambah baik oleh pengguna sekiranya diperlukan.

Papan kekunci Pro Keyboard yang sama seperti pada Galaxy Book Pro disertakan bersama dengan kamera web 720P dan pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Sistem operasi yang ditawarkan pula ialah Windows 10 Pro atau Windows 10 Home Edition.

Tubuh diperbuat daripada aluminium dengan ketebalan maksimum 17.7mm dan seberat 1.85 kg. Ini sebenarnya saiz yang kecil dan lebih ringan berbanding majoriti komputer riba gaming di pasaran. Pilihan I/O adalah 3x USB 3.2type-A, HDMI, bic audio, LAN, kunci Kensington dan 2x USB-C.

Integrasi ekosistem Samsung seperti SmartThings, Your Phone dan Smart Switch turut disertakan bagi memudahkan ia digunakan bersama dengan peranti pintar Samsung yang lain. Antara ciri yang boleh dilakukan ialah pemindahan fail menggunakan Quick Connect, membuka aplikasi Android pada komputer riba dan menjawab telefon menggunakan komputer riba.

Samsung Galaxy Book Odyssey akan dijaul bermula Ogos hadapan pada harga bermula dari $1399 (~RM5732) sebuah

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd