Telegram Akan Menambah Ciri Panggilan Video Berkumpulan Pada Mei 2021

Telegram Akan Menambah Ciri Panggilan Video Berkumpulan Pada Mei 2021

Diterbitkan pada Apr 28, 2021 oleh .

Telegram pada hari ini sedia menjadi sebuah platform sosial untuk bukan sahaja permesejan peribadi, tetapi juga berkumpulan, malah perbualan audio, selain baru-baru ini turut telah menambah ciri pembayaran.

Terbaru, pengasasnya turut mengatakan kelak pada bulan Mei 2021, Telegram akan menambah sokongan panggilan video berkumpulan pada platform mereka.

Ciri ini turut akan dilengkapkan dengan sokongan perkongsian skrin dan sekuriti penyulitan penuh. Telegram akan menawarkan sokongan ini pada bukan sahaja aplikasi mudah-alih, tetapi juga untuk desktop.

Dengan langkah ini, Telegram akan menjadi salah satu alternatif untuk sokongan panggilan berkumpulan – sekaligus menyaingi perkhidmatan berbayar seperti Zoom atau Google Meet.


Paling Popular