CES 2022 Akan Dianjurkan Sebagai Acara Bersemuka

Diterbitkan pada Apr 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

CES atau Consumer Electronic Show merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan pada Januari setiap tahun, dan sering menyaksikan pengenalan sejumlah produk elektronik baharu daripada pelbagai pengeluar seluruh dunia.

Untuk tahun 2021 ini, CES 2021 telah dianjurkan dalam bentuk digital – disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang mengekang acara berkumpul orang ramai untuk mengelak penularan. Ini sekaligus membuatkan pelbagai syarikat mengadakan acara maya sendiri dalam memperkenalkan produk mereka.

Apa pun, kini penganjurnya mengesahkan yang mana untuk tahun 2022 kelak, acara berkenaan akan kembali dianjurkan sebagai acara bersemuka. Ini sekaligus akan menyaksikan orang ramai kembali untuk berhimpun dan melawati pelbagai jerayawara jenama dalam melihat penawaran terbaru masing-masing.

Ia tidak diketahuii lagi bagaimanakah hal ini akan memberikan impak terhadap jenama antarabangsa, atau media antarabangsa dalam berkunjung – memandangkan masih terdapat kekangan dalam pergerakkan antara negara buat masa ini.

Sama-sama kita berharap agar penularan Covid-19 dapat dikawal dalam tahun ini supaya pelbagai perkara pulih seperti biasa menjelang 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami