Dell Latitude 7320 Detachable Dengan CPU Intel Tiger Lake Kini Ditawarkan Pada Harga Permulaan RM8362

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Jika anda sedang mencari sebuah komputer riba produktiviti premium yang hadir dengan prestasi berkuasa, jangkahayat bateri yang lama dan ciri-ciri tambahan yang baik, anda mungkin berminat untuk mendapatkan komputer riba Dell Latitude 7320 Detachable yang dilancarkan baru-baru ini.

Dell Latitude 7320 Detachable ini adalah sebuah komputer riba/tablet yang hadir dengan rekaan mirip seperti tablet Microsoft Surface Pro sangat popular di kalangan mereka yang mementingkan prestasi dan juga rekaan yang tidak memakan begitu banyak ruang.

Ia hadir dengan paparan IPS boleh-sentuh bersaiz 13 inci dengan resolusi Full HD+, dan dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Tiger Lake yang terbaru, termasuklah Intel Core i5-1130G7, Intel Core i5-1140G7 dan Intel Core i7-1180G7. dari segi pilihan memori pula, komputer riba ini hadir dengan pilihan memori DDR4 8GB ataupun 16GB dan storan SSD 256GB ataupun 512GB bergantung kepada pilihan model pengguna.

Dari segi pilihan I/O, Dell Latitude 7320 ini dilengkapi dengan dua palam Thunderbolt 4 Type-C, satu palam audio 3.5mm dan juga pilihan untuk memasang slot pembaca kad SIM untuk mereka yang mahukan sambungan Internet dari mana-mana lokasi sahaja.

Apa yang membuatkan Dell Latitude 7320 ini sebuah komputer riba premium juga ialah sokongan untuk sambungan WIFi 6, sokongan untuk sistem log masuk Windows Hello dan juga pengecasan pantas ExpressCharge, dimana anda boleh mengecas tablet ini dari kosong ke 35 peratus dalam 20 minit dan 80 peratus dalam satu jam.

Dell Malaysia menawarkan Dell Latitude 7320 Detachable ini dalam tiga penawaran spesifikasi sepertii berikut:

  • Dell Latitude 7320 Detachable (Intel Core i5-1130G7, 8GB, 256GB) – RM8362
  • Dell Latitude 7320 Detachable (Intel Core i5-1140G7, 16GB, 512GB) – RM9067
  • Dell Latitude 7320 Detachable (Intel Core i7-1180G7, 16GB, 512GB) – RM9891

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri komputer riba Dell Latitude 7320 Detachable ini, anda boleh ke laman web Dell Malaysia.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami