Facebook Mula Melihat Ke Arena Edagang – Facebook Marketplace Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna

Diterbitkan pada Apr 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Facebook pada hari ini sedia menjana pendapatan tinggi melalui pengiklanan pada platform mereka. Kini, selain pengiklanan, Facebook turut telah mula melihat kepada arena edagang.

Melalui strategi edagang, Facebook sedia menawarkan ciri Marketplace pada perkhidmatan mereka. Menurut Facebook, kini Facebook Marketplace sendiri mempunyai lebih 1 biilion pengguna aktif setiap bulan.

Selain daripada itu, Facebook juga telah mula menekankan kepada ciri Facebook Shops dan Instagram Shops. Pada hari ini, terdapat lebih sejuta Shops, dan sekitar 250 juta pengguna yang berinteraksi dengan Shops setiap bulan.

Untuk makluman, disamping pada Instagram dan Facebook sendiri, platform WhatsApp juga telah mula mengintegrasikan ciri edagang sedikit demi sedikit.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami