Apple iPhone 12 Adalah Model Yang Paling Popular Pada Siri iPhone 12

Diterbitkan pada Apr 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple pada tahun lepas telah memperkenalkan siri iPhone 12, dan empat model telefon pintar telah ditawarkan dibawahnya. Bercakap mengenainya hari ini, Tim Cook mengatakan model iPhone 12 adalah yang paling popular antara ke semuanya.

Pada masa yang sama, Tim Cook turut mengatakan mereka turut melihat jualan yang tinggi untuk model iPhone 12 Pro dan juga iPhone 12 Pro Max.

Namun, salah satu model yang tidak disentuh langsung adalah berkenaan model iPhone 12 Mini. Sebelum ini, beberapa laporan telah mengatakan model berkenaan kurang mendapat permintaan, dan komen Tim Cook yang terbaru seperti mengesahkan perkara berkenaan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami