Apple Menyasarkan Kekurangan Bekalan iPad Dan Mac Pada Pertengahan Kedua 2021

Diterbitkan pada Apr 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple hari ini telah mengumumkan penyata kewangan untuk suku 2021 yang lepas, sekaligus berkongsi sejumlah perkara berkaitan dengan perkembangan syarikat. Pada pengumuman berkenaan, Apple turut melakukan ramalan, menyasarkan kekurangan bekalan untuk iPad dan Mac pada pertengahan kedua 2021 ini.

Menurut Tim Cook, hal ini adalah disebabkan oleh masalah bekalan komponen dan cip yang dihadapi oleh pelbagai pengeluar seluruh dunia.

Tim Cook turut menekankan yang mana kebanyakkan kekurangan adalah berkaitan komponen legasi, dan disebabkan oleh kekangannya, ia mungkin memberikan kesan terhadap bekalan untuk iPad dan Mac pada seluruh dunia.

Pada masa yang sama, Tim Cook turut mengatakan mereka akan cuba menyesuaikan permintaan dan mengoptimasikannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami