Samsung Menyasarkan Pengurangan Angka Jualan Telefon Disebabkan Kekurangan Komponen

Diterbitkan pada Apr 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selain Apple, hari ini Samsung turut telah mengumumkan penyata kewangan untuk suku sebelumnya. Selari dengan jangkaan Apple, Samsung turut mmengatakan mereka menyasarkan pengurangan jualan telefon pada suku tahun akan datang.

Samsung mengatakan salah satu sebab utama jangkaan pengurangan jualan telefon ini adalah kerana masalah pada bekalan komponen.

Samsung menjangkakan ini akan memberikan kesan pada pendapatan mereka dalam bulan-bulan akan datang, dan berkemungkinan untuk sepanjang tahun ini.

Untuk makluman, seluruh dunia menghadapi masalah dalam bekalan cip disebabkan oleh beberapa perkara, termasuk disebabkan oleh had pengeluaran dan beberapa kilang yang terpaksa menghentikan operasi sementara sebelum ini. Ini sekaligus terus meningkatkan permintaan, dan pengeluaran cip tidak dapat menampung permintaan pasaran.

Pada masa yang sama, Samsung turut menekankan bahagian perniagaan panel paparan mereka akan terus memfokuskan kepada panel OLED untuk telefon pintar, tablet dan juga komputer riba.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami