Google Jimat Lebih $1 Bilion Setahun Dengan “Bekerja Dari Rumah”

Diterbitkan pada Apr 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Disebabkan oleh penularan Covid-19, pelbagai syarikat telah melaksanakan kaedah bekerja dari rumah. Google turut tidak terkecuali, dan telah melaksanakan kaedah bekerja dari rumah sejak daripada tahun lepas.

Seperti ramai sedia maklum, Google turut menyediakan sejumlah ganjaran kepada pekerja mereka, termasuk dari segi makanan, hiburan, percutian dan sebagainya. Disebabkan oleh Covid-19, perkara berkenaan tidak boleh dilaksanakan, sekaligus menyaksikan Google berjimat lebih berbanding sebelum ini.

Terbaru, melalui pengumuman kewangan bagi suku tahunan yang lepas, Google mengumumkan mereka telah jimat sebanyak $268 juta disebabkan oleh bekerja dari rumah – termasuk melibatkan promosi, pergerakan, dan juga hiburan disebabkan oleh Covid-19.

Apa pun, Google menyasarkan pekerja mereka akan kembali ke pejabat kelak pada tahun ini. Google sendiri menyasarkan untuk melaksanakan model bekerja hibrid untuk pekerja mereka, sekaligus memberikan lebih ruangan berbanding kebiasaan sebelum ini di pejabat.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami