Dihalang Amerika, Huawei Melihat Kepada Perniagaan Perisian Seperti Google

Diterbitkan pada Apr 29, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei sedia mengalami halangan dagangan oleh Amerika Syarikat, sekaligus memberikan impak tinggi terhadap perniagaan perkakasan mereka. Kini, untuk mengatasinya, Huawei sedang melihat dan memberikan lebih perhatian kepada perniagaan memfokuskan perisian.

Seperti ramai sedia maklum, Huawei sedia hadir dengan sistem operasi mereka tersendiri dinamakan HarmonyOS. Sistem operasi ini membolehkan ia digunakan pada kenderaan, komputer, tablet, mahupun telefon pintar.

Selain daripadanya, kini Huawei turut sedang melihat untuk menekankan lagi pada perniagaan Huawei Cloud memfokuskan awanan, selain kedai aplikasi mereka, AppGallery.

Disamping itu, Huawei juga telah menambah sejumlah penawaran lengkap pejabat mereka untuk pengguna.

Dengan halangan dagangan mendapatkan perkakasan, mungkin arena perisian adalah salah satu industri dan perniagaan yang akan membantu Huawei untuk masa ini.

Huawei dijangka akan terus melabur dalam arena ini, dan memperkembangkan pegangan pasaran mereka dalam arena perisian – lebih kurang seperti Google.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami