Baidu, salah satu syarikat internet gergasi di China, kini mengumumkan mereka akan menawarkan perkhidmatan roboteksi tanpa pemandu di Beijing bermula 2 Mei 2021 ini.
Dengan langkah ini, ia sekaligus membuatkan Baidu menjadi terawal menawarkan perkhidmatan roboteksi swapandu secara berbayar kepada pengguna.
Melaluinya, pengguna boleh memanggil teksi tanpa pemandu ini melalui aplikasi Apollo Go, dan seterusnya melakukan pembayaran menggunakan aplikasi sama.
Ini juga membuatkan Baidu menjadi antara terawal dalam memperkenalkan perkhidmatan roboteksi di dunia, sekaligus membawa arena swapandu setapak kehadapan – dan membolehkan orang ramai mencuba dan menikmati perkhidmatan roboteksi ini.