Peranti Xiaomi Kelak Boleh Tambah 1GB RAM Melalui Kemaskini MIUI

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo X60 adalah siri peranti ‘mercu’ Vivo yang memfokuskan fotografi. Walaupun begitu, peranti ini masih berkuasa dengan cip Snapdragon 870, pengoptimasian Funtouch OS 11 yang jauh lebih baik, serta menyokong memori tambahan 3GB daripada storan seakan virtual RAM pada komputer.

Xiaomi juga dilaporkan akan menyokong penambahan memori ini dalam kemaskini perisian akan datang. Peniris mendedahkan tangkapan layar MIUI baharu, dengan ciri Memory extension – di mana 1GB daripada storan dalaman akan digunakan sebagai RAM tambahan. Secara tidak langsung, prestasi dan pengalaman penggunaan peranti Xiaomi akan datang menjadi jauh lebih pantas dan lancar.

Ciri ini akan membantu pennguna dari segi multi-tugasan, permua dan banyak lagi. Buat masa ini masih tidak pasti MIUI versi apa ciri ini akan hadir dan untuk peranti mana. Sama-sama kita nantikan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami