Cari @ Amanz

Google Mengesahkan Akan Melancarkan Peranti Berhubung Baharu Semasa Google I/O 2021

Link Copied!

Pada 18-20 Mei kelak, Google akan mengadakan acar Google I/O 2021 selepas acara tahun lepas dibatalkan. Acara ini dijangka akan mendedahkan maklumat lanjut Android 12, fungsi dan ciri baru Google Assistant, perkara teknikal lain dalam pembangunan untuk Android dan banyak lagi.

Acara ini juga kadangkala menjadi tempat untuk Google melancarkan produk fizikal baharu. 2019 mereka melancarkan Pixel 3A, mungkin Pixel 5A akan diperkenalkan? Baru-baru ini Google telah mengesahkan mengenai apa yang mereka akan umumkan di acara Google I/O. Antaranya adalah Google Assistant yang hadir dengan ciri baru, jangkaan tarikh mengedarkan kemaskini, dan banyak lagi.


Komen ()