Tidal Akhirnya Dikemaskini Dengan Sokongan Senarai Main Boleh Disusun Dalam Folder

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tidal adalah perkhidmatan penstriman muzik yang memfokuskan kepada format HiFi, iaitu fideliti-tinggi. Harga langganan juga jauh lebih mahal daripada Spotify dan kandungan juga tidak sebanyak pesaing. Bukan itu sahaja, aplikasi Tidal juga tidak begitu menarik digunakan kerana terlampau asas dan tidak mempunyai ciri dan fungsi menarik seperti ditawarkan pada Spotify, Apple Music dan lain-lain.

Akhirnya, baru-baru ini aplikasi Tidal telah dikemaskini dengan sokongan senarai main yang boleh disusun dalam folder. Ciri di mana sudah berzaman ada pada Spotify. Melaui kemampuan ini, pengguna boleh susun senarai-main mereka dengan cara lebih spesifik dan juga lebih mudah untuk diakses. Kedua-dua aplikasi Android dan iOS telah menerima kemaskini ini. iOS hadir dengan versi 2.25.1, manakala Android pula 2.40.2. Selepas kemaskini, anda akan lihat pilihan Create folder di bahagian My collection.

Harga langganan Tidal adalah RM24.90 sebulan untuk pelan Premium individu, RM49.90 pelan HiFi individu, kemudian RM28.9 dan paling mahal RM57.90 untuk pelan keluarga Premium/HiFi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami