Baru sahaja sebentar tadi Tidal menerima kemaskini baharu, di mana senarai main boleh disusun dalam folder. Ciri yang sudah sekian lama berada di Spotify. Tetapi, Tidal terlambat untuk ikut Spotify. Spotify baru sahaja mengumumkan kemaskini baharu, di mana semua kandungan kegemaran pengguna boleh disusun dan dikawal oleh pengguna dengan lebih efisien dan lebih tersusun.
Podcast dan muzik di satu tempat, paparan grid yang lebih jelas, senarai main atau album yang boleh dicemat, kandungan kegemaran boleh ditapis mengikut kategori yang lebih spesifik, dan banyak lagi. Secara tidak langsung memudahkan lagi pengguna mengakses muzik atau episod podcast kegemaran dengan lebih pantas.
Berikut adalah senarai log perubahan;
- Carian dan koleksi muzik/podcast yang lebih efektik – semua di satu tempat.
- Penapis dinamik baharu untuk lebih mudah akses kandungan peribadi – tapis mengikut album, artis, senarai main atau podcast. Kandungan muat turun turut boleh ditapis.
- Pengisihan kandungan yang lebih spesifik – pilih antara mengikut abjad, yang baru dimainkan, atau terus dari penerbit kandungan.
- Cemat (pin) sehingga empat senarai main untuk akses lebih pantas. Tatal ke kanan pada album, senarai main atau podcast untuk mencemat.
- Paparan grid baharu untuk lihat semua kandungan yang disusun secara lebih jelas – semua hadir dengan tile besar, senarai main lebih mudah dilihat atau kandungan dengan imej kenit yang lebih jelas.

Ciri baru ini akan ditawarkan kepada pengguna iOS dan Android dalam minggu-minggu akan datang. Sama-sama kita nantikan.
- Muat Turun
- Muat Turun Spotify Di App Store
- Muat Turun
- Muat Turun Spotify Di Play Store