Ingat lagi isu peranti Samsung tahun lepas? Ramai pengguna peranti siri Galaxy S20 melaporkan lensa kamera pecah secara tiba-tiba. Secara tidak langsung meninggalkan lubang seakan ditembak pada modul kamera. Ketika berita itu dilaporkan, Samsung masih tidak mengaku perkara ini salah mereka dan menyalahkan pengguna. Tetapi lama-kelamaan, melalui forum Samsung – wakil duta Samsung Care memberitahu isu ini bukan salah pengguna sebaliknya memang isu daripada kilang.

Pengakuan itu pun dilakukan selepas peranti Galaxy S20 salah seorang daripada duta tersebut turut pecah. Walaupun begitu, Samsung masih tidak memberikan sebarang jalan penyelesaian seperti menarik kembali jualan peranti, bertanggungjawab membaiki peranti dan lain-lain lagi. Semua mangsa yang melaporkan kerosakan ini pula menyatakan, Samsung masih mengenakan bayaran untuk baiki. Harga diskaun sekitar $100 jika membeli pelan perlindungan dan mencapai $400 ganti lensa baru. Ada juga mangsa yang terus tukar dengan kedai pihak ketiga kerana hilang kepercayaan kepada Samsung.

Samsung baru-baru ini turut disaman oleh pengguna dengan Hagens Berman sebagai firma guaman mewakili pengguna. Samsung disaman atas dakwaan menipu, melanggar perjanjian jaminan serta menafikan hak pengguna. Selain disaman, syarikat guaman ini turut memohon untuk Samsung
Isu ini berlaku pada pengguna Galaxy S20, Galaxy S20+, Galaxy S20 Ultra, Galaxy S20 FE dan termasuk semua variasi 5G. Menurut wakil Samsung, kerosakan ini terjadi kerana tekanan yang berlaku di bawa kaca modul kamera.