Instagram Live Kini Menyokong Ciri Siaran Audio Sahaja

Instagram Live Kini Menyokong Ciri Siaran Audio Sahaja

Diterbitkan pada Apr 30, 2021 oleh .

Media sosial berasaskan audio sahaja ialah trend paling hangat sekarang selepas dipopularkan oleh Clubhouse. Hampir kesemua aplikasi kini sedang membangunkan atau telah memperkenalkan ciri perbualan suara yang mirip Clubhouse. Aplikasi seterusnya dengan ciri yang seakan sama ialah Instagram.

Instagram Live yang semalam ini digunakan untuk siaran langsung menerusi audio telah mula mengaktifkan mod audio sahaja menerusi laporan Endgadget. Apabila diaktifkan, tingkap video akan hanya memaparkan avatar akaun pengguna dan membenarkan audio sahaja disiarkan kepada pengikut strim. Ini dilihat sebagai satu lagi usaha Facebook untuk tidak keciciran fungsi berbanding pesaing.

Di platform Facebook sendiri mereka telah melancarkan Soundbites minggu ini yang membolehkan klip audio dikongsi ke susur masa. Dengan Clubhouse masih belum melancarkan aplikasi Android, platform lain boleh mengambil kesempatan ini untuk menarik pengguna sebelum mere sempat melompat ke Clubhouse.


Paling Popular