Microsoft Akan Mengambil Potongan 12% Sahaja Dari Jualan Permainan Untuk Bersaing Dengan Steam

Microsoft Akan Mengambil Potongan 12% Sahaja Dari Jualan Permainan Untuk Bersaing Dengan Steam

Diterbitkan pada Apr 30, 2021 oleh .

Platform permainan video yang paling berkuasa ialah komputer peribadi. Perkakasan yang berkuasa, sokongan resolusi melampau dan permainan yang dijual lebih murah berbanding konsol adalah antara penyebab ia digelar masih diminati walaupun kos adalah jauh lebih tinggi. Antara sebab permainan PC kini mengalami zaman Renaissance ialah Steam yang menawarkan permainan terus ke rumah.

Microsoft menyedari bahawa untuk mengekalkan pengguna, mereka perlu menawarkan perisian yang baik. Oleh itu pembangun perlu diberikan layanan yang juga baik. Bermula 1 Ogos 2021, Microsoft Store akan hanya mengambil potongan 12% dari setiap jualan permainan video dan bukannya 30% seperti sebelum ini. Ini adalah potongan yang sama seperti yang diambil oleh Steam dari pembangun.

Perang penstriman menunjukkan kandungan adalah raja. Tanpa kandungan yang banyak pada harga yang menarik ia tidak boleh bersaing (lihat sahaja Apple TV+). Dengan potongan lebih kecil, Microsoft dapat menarik lebih banyak pembangun ke platform mereka. Kita sudah dapat melihat sejak dua tahun lalu Steam dan Epic Game Store bertarung untuk mendapatkan permainan secara eksklusif. Tidak mustahil Microsoft turut akan menjadi kuasa ketiga lebih-lebih lagi dengan pakej Game Pass serta xCloud yang menarik.


Paling Popular