Cari @ Amanz

Imbas kembali, Honor pernah dilaporkan dalam perancangan untuk hadir dengan penawaran peranti baharu di bawah siri Honor Play menjelang Mei depan. Namun tidak lama selepas itu, tiba-tiba muncul pula Honor Play 5T Vitality Edition yang dilengkapi spesifikasi kelas permulaan dengan janaan cip MediaTek Helio P35.

Honor Play 5T Vitality Edition

Ia bagaimanapun, tidak berakhir di situ apabila imbul pula desas-desus akan kewujudan sebuah lagi peranti lain di bawah siri yang sama. Dikenali sebagai Honor Play 5, rekaannya kini telah diperlihatkan menerusi perkongsian gambar oleh GSMArena.

Di bahagian hadapan, Honor 5 dilihat menggunakan rekaan skrin bertakuk bersama binaan berkotak dengan skrin sejenis rata. Bhagian belakang pula, Honor 5 akan mempunyai kuad-kamera dengan sensor utama 64-Megapixel yang disusun kemas dalam modul kamera berbentuk segi empat.

Honor Play 5

Di samping itu, telefon ini juga dikhabarkan menyokong bateri dengan pengecasan pantas 66W. Selain, ia juga dijangka mungkin dipasarkan dengan tanda harga yang berpatutan. Buat masa ini, masih tidak diketahui mengenai lain-lain spesifikasi. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut berkaitan peranti ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd