SKMM hari ini telah mengumumkan pemberian 1GB data percuma untuk tujuan produktiviti akan dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021 kelak. Sebelum ini, ia sepatutnya ditamatkan pada 30 April 2021 – tetapi disebabkan dalam usaha membantu rakyat menghadapi norma baharu, pakej ini diteruskan untuk tempoh tiga bulan lagi.
SKMM mengatakan sebanyak lima syarikat telah bersetuju untuk meneruskannya, termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan juga Telekom Malaysia.
Kuota 1GB percuma ini boleh digunakan orang ramai dalam mengakses platform telesidang video, mengakses perkhiidmatan pembelajaran, dan sejumlah platform berbentuk produktiviti yang lain – sekaligus membantu para pelajar, dan mereka yang bekerja dari rumah.
Seperti biasa, untuk mendapatkannya, anda perlu menyemak pada syarikat telekomunikasi masing-masing, dan menebusnya terlebih dahulu sebelum menikmati data percuma ini.