Cari @ Amanz

Baru sahaja memperkenalkan siri Vivo V21, kini jenama ini berkongsi perancangan baharu untuk hadir dengan sebuah lagi peranti baharu di bawah siri Y pula. Dikenali sebagai Vivo Y20s G, telefon pintar ini dijadualkan tiba di Malaysia pada minggu hadapan – iaitu 3 Mei 2021.

Buat masa ini, tidak banyak maklumat berkaitan spesifikasi peranti yang dikongsi oleh Vivo Malaysia. Mereka hanya mengesahkan peranti ini kelak dilengkapi dengan cip MediaTek Helio G80. Meskipun begitu, berdasarkan imej rekaan peranti yang dikongsi menerusi hantaran yang berbeza – jelas menunjukkan ia berkemungkinan besar Vivo Y20s G yang telah dilancarkan terlebih dahulu di Filipina beberapa minggu lepas. Dengan penggunaan slogan yang sama iaitu “Speed Up Your Game” – sekaligusĀ menguatkan lagi dakwaan ini.

Jika ianya benar, telefon pintar ini bakal dilengkapi skrin 6.51-inci LCD HD+, memori 6GB RAM, storan dalaman 128GB, tri-kamera dengan sensor utama 13-Megapixel, bateri 5000mAh dan banyak lagi. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut bakal terjawab ketika pelancaran rasmi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd