Aplikasi TheNoor Kelak Akan Memudahkan Anda Untuk Bayar Zakat Dan Bersedekah

Aplikasi TheNoor Kelak Akan Memudahkan Anda Untuk Bayar Zakat Dan Bersedekah

Diterbitkan pada Apr 30, 2021 oleh .

Selari dengan konsepnya yang merupakan satu aplikasi gaya muslim merangkumi semua aspek kerohanian. Aplikasi TheNoor akan dikemaskini satu lagi fungsi baharu yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam pada bulan Ramadan ini.

Melaluinya, ia akan menjadi satu lagi saluran yang memudahkan urusan pembayaran zakat. Bukan itu sahaja, istimewanya lagi di sini anda juga boleh menyumbang dengan rela atau menyediakan khidmat bakti secara ikhlas (Tabarru’) dan bersedekah menerusi satu aplikasi ini sahaja.

Dengan ini juga secara tidak langsung pengenalanya dapat memberi lebih pilihan kepada kalangan masyarakat Islam untuk memilih saluran yang memudahkan mereka untuk menunaikan kewajipan asas tersebut. Dalam pada itu, mereka turut berbesar hati mengumumkan Sadaqah Global dan Cool Code sebagai rakan kongsi rasmi dalam pembangunan fungsi ini.

Buat masa ini, masih tidak diketahui bilakah tarikh sebenar ia akan diaktifkan kepada pengguna. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut tidak lama lagi.


Paling Popular