Cari @ Amanz

Samsung nampaknya akui peka kepada kemahuan dan kepeluan pengguna setianya. Dengan itu, mereka kini berkongsi berita gembira dengan memaklumkan bahawa Samsung Galaxy A52 5G sudah mula ditawarkan untuk pengguna di Malaysia.

Bagi yang berminat, peranti pintar ini sudah boleh dibeli bermula hari ini dengan tanda harga RM1899 untuk seunit. Ia boleh didapati menerusi sejumlah saluran berbeza seperti kedai atas talian rasmi dan pengedar-pengedar sah Samsung di seluruh Malaysia. Terdapat sehingga empat pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Awesome Violet, Awesome Blue, Awesome Black dan juga Awesome White.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy A52 5G dilengkapi skrin bersaiz 6.5-inci Super AMOLED dengan resolusi FHD+ (1080 x2400 piksel). Paparan ini juga menyokong kadar segar semula yang tinggi mencecah 120Hz. Ia turut dipadankan dengan cip Snapdragon 750G, memori 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan bateri 4,500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 25W.

Tetapan kamera pula terdiri dengan sensor utama 64-Megapixel, kemudian diikuti tiga lagi lensa berasingan iaitu 8-Megapixel, 5-Megapixel dan 5-Megapixel. Sementara itu, kamera hadapan 32-Megapixel turut disertakan bersama-sama dengannya yang diletakkan pada lubang di panel hadapan. Spesifikasi lain termasuklah – Android 11, ketahanan kalis air IP67, pengimbas cap jari pada skrin dan banyak lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd