Lelaki Yang Terkenal Kerana Meme Ketawa Sepanyol Meninggal Dunia

Lelaki Yang Terkenal Kerana Meme Ketawa Sepanyol Meninggal Dunia

Diterbitkan pada Apr 30, 2021 oleh .

Anda tidak tahun nama beliau tetapi Juan Joya Borja ialah insan yang dikenali seluruh dunia kerana meme beliau ketawa berdekah-dekah pada tahun 2014. Beliau yang kemudiannya menerima nama jolokan El Risitas (Si Ketawa) telahpun menghembuskan nafas terakhir di Seville semalam pada usia 65 tahun.

Beliau menjadi meme global selepas video beliau ketawa tanpa henti ketika menceritakan pengalaman menjadi seorang pencuci pinggan dalam rancangan TV Ratones Coloraos. Pada asalnya video di muat naik pada tahun 2007 sebelum tular dengan sari kata yang berbeza dari apa yang sebenarnya diucapkan oleh beliau disebarkan dengan meluas pada tahun 2014.

Antara meme yang dihasilkan ialah beliau mentertawakan kegagalan pasukan bola sepak, Apple membuang pengecas iPhone dan banyak lagi. Walaupun dikenali di seluruh dunia, beliau terpaksa meminta bantuan kewangan bagi mendapatkan rawatan selepas kaki terpaksa dipotong tahun lalu.


Paling Popular