Amazon Prime Videos Kini Dikatakan Mempunyai Seramai 175 Juta Penonton Aktif

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

2020 merupakan tahun dimana pelbagai perkhidmatan digital rata-ratanya memperlihatkan peningkatan penggunaan yang mendadak kerana wabak COVID-19 yang memaksa orang ramai untuk belajar dan bekerja dari rumah. Ini bermakna bahawa syarikat-syarikat teknologi digital terkemuka semuanya memperlihatkan pendapatan dan keuntungan yang melimpah-ruah.

Amazon adalah salah satu daripada syarikat tersebut, dan perkhidmatan penstriman mereka, Amazon Prime Videos juga nampaknya semakin popular di kalangan penggemar perkhidmatan penstriman video, dimana Jeff Bezos, pengasas Amazon mengatakan bahawa perkhidmatan tersebut kini mempunyai kira-kira 175 juta penonton aktif, melalui gabungan pelanggan Amazon Prime dan juga perkhidmatan Amazon Prime Video itu sendiri.

Bukan itu sahaja, beliau turut mengatakan bahawa jumlah masa tontonan Amazon Prime Videos meningkat 70 peratus dari-tahun-ke-tahun pada suku pertama 2021. Lebih menarik lagi, siri original Amazon Prime Videos juga telah dicalonkan dalam 12 kategori di anugerah Oscars dan memenangi dua daripadanya.

Persaingan penstriman diantara syarikat-syarikat penstriman dilihat semakin sengit, khususnya dengan Netflix dan Disney+ yang rata-rata semuanya hadir dengan penawaran unik mereka sendiri.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami