Cari @ Amanz

Realme Buds Q2 Dan Realme Buds Air 2 Neo Kini Di Malaysia – Boleh Didapati Pada Harga Serendah RM79

Link Copied!

Selain peranti pintar, Realme turut meneruskan fokus untuk memperluaskan lagi penawaran produk AIOT baharu untuk pengguna di Malaysia. Melaluinya, mereka memperkenalkan dua aksesori audio baharu – iaitu Realme Buds Q2 dan Realme Buds Air 2 Neo.

Kedua-duanya membawakan rekaan yang mirip seperti Realme Buds Q sebelum ini. Namun pastinya ada spesifikasi yang menjadikan kedua-dua fon telinga ini mempunyai nilainya tersendiri. Bagi yang berminat, Realme Buds Q2 dijual di Malaysia pada harga RM129, Sementara itu, Realme Buds Air 2 Neo berharga RM169.

 Bagaimanapun, anda boleh mendapatkannya pada harga promosi bermula serendah RM79 untuk Realme Buds Q2 pada 5 Mei kelak. Manakala, harga promosi serendah RM149 pula untuk Realme Buds Air 2 Neo pada 11 Mei hadapan. Promosi ini bagaimanapun terhad untuk jualan pertama sahaja!

Untuk spesifikasi, Realme Buds Q2 dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm. Selain itu, ia juga disertakan satu mikrofon yang mampu mengurangkan hingar untuk sokongan panggilan lebih baik. Selain itu, ia juga dilengkapi penarafan kalis air IPX4, pembatalan hingar elektronik (ENC), ketahanan bateri maksimum 20 jam dan Game Mod yang dipertingkatkan dengan latensi 88ms. Seterusnya, terdapat juga sokongan kawalan sentuhan untuk mengawal sejumlah tetapan yang disertakan Bersama-sama dengannya. Sepesifikasi lain termasuklah – port sambungan Micro-USB, Bluetooth 5.0 dan sebagainya.

Seterusnya Realme Buds Air 2 Neo pula mempunyai pemandu audio bersaiz 10mm, sokongan pembatalan hingar aktif (ANC) dan dua mikrofon yang mampu mengurangkan hingar sehingga 25dB. Ia juga disertakan cip R2 terbina, mod permainan latensi 88ms dan pelindungan kalis IPX5. Dari segi ketahanan bateri, ia dikatakan mampu bertahan 3 jam lebih lama berbanding Realme Buds Air 2. Melaluinya, fon telinga ini menawarkan waktu penggunaan maksimum sehingga 28 jam dengan pod pengecas. Spesifikasi lain termasuklah – sokongan Bluetooth 5.2, codec SBC, AAC dan banyak lagi.


Komen ()