Realme Watch 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Ditawarkan Pada Harga RM229

Diterbitkan pada Apr 30, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Seperti yang dijanjikan, Realme Watch 2 akhirnya rasmi untuk pengguna di Malaysia. Ia merupakan jam tangan terkini daripada Realme yang pastinya dilengkapi beberapa spesifikasi serta baharu bagi memenuhi cita rasa pengguna. Bagi yang berminat, Realme Watch2 dijual pada harga RM229 untuk seutas dan ketersediaannya akan diumumkan tidak lama lagi menerusi Shopee.

Realme Realme Watch2 dilengkapi skrin bersaiz skrin bersaiz 1.4-inci dengan resolusi 320 X 320 piksel bersama rekaan muka jam empat segi, Lebih menariknya lagi, ia juga disertakan sehingga 100 pilihan muka jam tetapi akan ditawarkan secara berperingkat.

Kemudian, ia turut dilengkapi sokongan perlindungan kalis air IP68, sehingga 90 mod sukan (akan diedarkan secara berperingkat) dan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan seperti pemantauan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, pengesanan tidur dan banyak lagi. Spesifikasi lain termasuk – bateri 315mAh dengan ketahanan sehingga 12 hari, bluetooth 5.0, kawalan untuk muzik serta kamera, pemberitahuan panggilan serta mesej dan banyak lagi.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami